Sultan Johor muliakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda

Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda - Foto kemahkotaan.johor.gov.my
Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda - Foto kemahkotaan.johor.gov.my
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memuliakan gelaran isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dengan ‘Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam’.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata, gelaran itu berkuat kuasa serta-merta.

"Jumaah Majlis Diraja Johor menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, iaitu Tuanku suka dan berkenan memuliakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, berkuat kuasa serta-merta," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, di sini pada Khamis.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che’ Puan Besar Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014. Pasangan diraja itu kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu seorang puteri dan dua putera. - Bernama

Artikel Berkaitan: