Wanita jumpa 'kembar' di TikTok

Cheng Keke dan Zhang Li dipercayai pasangan kembar kerana wajah seiras. - Foto Mirror.co.uk
Cheng Keke dan Zhang Li dipercayai pasangan kembar kerana wajah seiras. - Foto Mirror.co.uk
A
A
A

HENAN - Seorang wanita tidak menyangka menemui kembarnya di aplikasi TikTok selepas sangsi melihat wajah wanita seirasnya yang pada awalnya disangka 'scammer' di Henan, China.

Cheng Keke terkejut melihat wajah Zhang Li seiras sepertinya malah tarikh dan tahun kelahiran juga sama dan masing-masing berusia 30 tahun, lapor Mirror.co.uk.

Pada awalnya, Cheng telah mengirimkan mesej peribadi kepada Zhang untuk mengetahui sama ada wanita itu menyalahguna foto wajahnya.

Namun Zhang telah mengambil gambar swafoto membuktikan dia bukan seorang penipu.

Bukan itu sahaja, hasil perbualan mendapati, mereka mempunyai jenis darah dan tahi lalat di atas kening kiri yang sama sekali gus menimbulkan keraguan.

Ketika mereka membuat panggilan video kali pertama, Zhang berkata, seperti bercakap dengan diri sendiri dan tutur Cheng pula seperti melihat dirinya di cermin.

Kembar ini dipercayai terpisah selama 30 tahun selepas ibu bapa angkat mengaku mengambil mereka di Gongyi sejak bayi.

Bagaimanapun tiada dokumen peribadi yang membuktikan mereka mempunyai pertalian darah dan daripada keluarga yang sama.

Artikel Berkaitan:

Namun 'pasangan kembar' yang sudah berkahwin ini percaya mereka adalah adik-beradik kembar malah akan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai bukti sahih.