Covid-19: Tujuh juta botol air zamzam diedarkan di Masjid Nabawi

Agensi pengurusan hal ehwal Masjid Nabawi mengedarkan lebih tujuh juta botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung masjid. Gambar hiasan.
Agensi pengurusan hal ehwal Masjid Nabawi mengedarkan lebih tujuh juta botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung masjid. Gambar hiasan.
A
A
A

MADINAH - Agensi pengurusan hal ehwal Masjid Nabawi mengedarkan lebih tujuh juta botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung masjid.

Pihak masjid turut menyediakan lebih 40,000 botol air zamzam kepada pesakit Covid-19 di hospital, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Selain itu, sebagai sebahagian langkah mengekang penularan wabak Covid-19, 110 alat khas manual dan elektrik digunakan untuk mengedarkan air zamzam kepada jemaah.

Di samping sebuah pusat khas turut diwujudkan bagi menyejukkan 120,000 liter botol air zamzam. - Bernama

Artikel Berkaitan: