X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

UMNO mesti tegas dengar suara akar umbi tanpa kompromi

Laporan Sinar Harian mengenai Tengku Razaleigh menerima kunjungan Ahmad Zahid dan Najib di kediamannya pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Suhu kehangatan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini semakin terasa.

Ia susulan pertemuan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu.

Menurut laporan UMNO-Online, pertemuan yang berlangsung di kediaman Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut memutuskan beberapa perkara antaranya UMNO mesti tegas mendengar suara akar umbi.

Katanya, itu antara agenda pertemuan tiga pemimpin UMNO yang sememangnya diketahui 'tidak mesra' Perikatan Nasional (PN)

"Apa yang diputuskan oleh akar umbi, UMNO mesti tegas mendengar dan melaksanakan amanah akar umbi tanpa sebarang kompromi," katanya.

Dalam pertemuan itu juga, mereka turut membincangkan bahawa PAU merupakan platform terbaik untuk memperkukuhkan parti dan meneruskan kesinambungan solidariti dalam kalangan ahli serta pimpinan pelbagai peringkat.

Turut dibincangkan adalah mengenai Muafakat Nasional (MN) di mana parti itu akan melihat kepada senario semasa dan sebarang keputusan yang diambil mestilah berpaksikan kepada suara UMNO.

"Agenda ekonomi juga turut dibincangkan dalam pertemuan ketiga-tiga pemimpin itu, " katanya.

Pada Rabu, Ku Li berkongsi gambar di Twitternya bahawa beliau menerima kunjungan Ahmad Zahid dan Najib di kediamannya.

“Menerima kunjungan dari Datuk Seri @DrZahidHamidi dan Datuk Seri @NajibRazak,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.

Pada 5 Mac lalu, Ku Li menggesa pemimpin UMNO untuk berhenti 'main wayang kulit' dan memutuskan hubungan dengan kerajaan PN dengan segara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO segera bermesyuarat dan meminda keputusan mahu bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li terima kunjungan Zahid, Najib

Ku Li desak henti main wayang, putuskan hubungan dengan PN segera


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!