X

Kindly register in order to view this article
!

Isu Korea Utara: Polis Sabah sentiasa siap siaga

Hazani menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima sempena Sambutan Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad IPK, Kota Kinabalu.
A
A

KOTA KINABALU - Polis Sabah sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain di negeri ini bagi memantau sebarang perkembangan susulan isu kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, walaupun setakat ini tiada sebarang insiden atau gangguan namun polis tetap bersiap sedia sepanjang masa.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi lain termasuk perkongsian maklumat dari masa ke masa berkaitan keselamatan atau sebarang kemungkinan ancaman susulan perkembangan berkenaan.

"Bagaimanapun setakat ini, keadaan keselamatan berada di tahap terbaik dan kita meneruskan rutin dan tugasan harian dalam menjaga keselamatan di seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad IPK, sini, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ancaman Korea Utara: PDRM tingkat kawalan keselamatan

Beliau berkata demikian sebagai saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung kenyataan terkini Korea Utara di negara ini.

Sebelum ini, Abdul Hamid mengarahkan semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan Pengarah Jabatan PDRM untuk memantau perkembangan semasa isu Korea Utara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!