Kedai runcit didenda RM1,500 gagal daftar Perkeso

A To Z Convenience Store yang diwakili pemiliknya, AP Vivekanandan, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis.
A To Z Convenience Store yang diwakili pemiliknya, AP Vivekanandan, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Sebuah kedai runcit didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis selepas didapati gagal mendaftar perusahaan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tiga tahun lalu.

A To Z Convenience Store yang diwakili pemiliknya, AP Vivekanandan, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khir Nizam Jemari.

Mahkamah turut mengenakan satu bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, A To Z Convenience Store sebagai majikan utama didakwa gagal mendaftar perusahaannya dengan Perkeso dalam tempoh tidak melebihi 30 hari seperti mana dikehendaki di bawah Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial 1969 (Akta 4) dan Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Kesalahan itu dilakukan di Bandar Baru Medan, Ipoh pada 21 Mei 2019.

Pendakwaan ke atas premis itu dibuat mengikut Seksyen 94 (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso, Mohd Faizal Nawawi dan S V Naline, manakala premis tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: