Enam lokasi bazar Ramadan di Kuala Pilah

Taklimat bazar Ramadan di Majlis Daerah Kuala Pilah pada Rabu.
Taklimat bazar Ramadan di Majlis Daerah Kuala Pilah pada Rabu.
A
A
A

KUALA PILAH - Enam lokasi akan menjadi lokasi bazar Ramadan pada tahun ini melibatkan 212 lot, di sini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Mohd Faizal Abdul Manap berkata, enam lokasi itu masing-masing di Taman Bukit Pilah Perdana, Tapak Komersial Melang, Pekan Tanjung Ipoh, Pekan Juasseh,Pekan Air Mawang dan Pekan Senaling.

"Permohonan tapak bazar Ramadan ini dibuka sejak 18 Mac lalu. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter pelesenan Majlis Daerah Kuala Pilah.

"Bagaimana pun, permohonan hanya dibuka kepada peniaga yang bermastautin di daerah ini sahaja, ia terhad kepada satu lot untuk setiap permohonan dan akan ditutup setelah kekosongan tapak penuh," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, bazar Ramadan kali ini akan diuruskan MDKP sendiri bagi memastikan keselamatan pengunjung dan peniaga serta memudahkan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terhadap orang ramai.

Sementara itu, di Jempol empat lokasi masing-masing di Dataran Bandar Seri Jempol, Pusat Perniagaan Angsana,Pekan Batu Kikir dan Pusat Perniagaan Seraya di daerah ini akan menjadi lokasi bazar Ramadan pada tahun ini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin, pihaknya hanya menyediakan tapak bazar kerana ia akan diuruskan oleh penganjur yang layak dan dipilih oleh Majlis Perbandaran Jempol.

"Justeru, penganjur yang berminat boleh mengemukakan kertas kerja penganjuran bazar Ramadan kepada Bahagian Pelesenan kami dan penganjur mestilah warganegara Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Tarikh tutup bagi penganjur menghantar kertas kerja pada Jumaat ini dan penganjur yang berjaya akan dimaklumkan pada 30 Mac ini manakala permohonan bagi tapak peniaga akan dibuka pada 31 Mac," katanya.