Pas terima jemputan hadiri Persidangan Agung UMNO

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA- Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU), Ahad ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau berkata, turut menerima jemputan adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Insya-ALLAH, akan hadir. Semoga penyatuan ummah yang menjadi teras Muafakat Nasional akan terus diperkukuhkan," katanya.

PAU yang berlangsung secara bersemuka dan maya bermula Sabtu ini dijangka memberi tumpuan terhadap kerjasama parti itu dengan Bersatu.

Terdahulu, 124 daripada 190 bahagian UMNO yang bersidang pada 1 hingga 2 Januari lalu membangkitkan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan: