Ku Li terima kunjungan Zahid, Najib

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menerima kunjungan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rumahnya pada Rabu.

“Menerima kunjungan dari Datuk Seri @DrZahidHamidi dan Datuk Seri @NajibRazak,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter milik beliau.

Pada 5 Mac lalu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li menggesa pemimpin UMNO untuk berhenti 'main wayang kulit' dan memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan segara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO segera bermesyuarat dan meminda keputusan mahu bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.

Artikel Berkaitan: