X

Kindly register in order to view this article
!

Pilihan raya Israel: 67.2 peratus keluar mengundi

Foto - fail EPA
A
A

TEL AVIV - Pilihan raya Parlimen Israel mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 67.2 peratus selepas pusat mengundi ditutup pada 20:00 GMT, Selasa, lapor Sputnik memetik penyiar kerajaan Kan.

Menurut suruhanjaya pilihan raya, selepas lebih 70 peratus kertas undi dikira, parti Likud pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memperoleh 31 kerusi parlimen daripada 120 kerusi sementara parti sayap kiri Yesh Atid dari Yair Lapid di tempat kedua dengan 18 kerusi.

Tinjauan menunjukkan blok sayap kanan dan parti keagamaan diterajui Likud mungkin mendapat majoriti 61 kerusi yang diperlukan hanya dengan sokongan parti Yamina Naftali Bennett, sementara blok pembangkang diramal menguasai tidak lebih 59 kerusi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!