'Saya hanya bergurau Zii Jia rakan latihan badminton'

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berpasangan dengan Lee Zii Jia dalam perlawanan persahabatan pada Disember tahun lepas.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berpasangan dengan Lee Zii Jia dalam perlawanan persahabatan pada Disember tahun lepas.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sekadar berseloroh bahawa juara Kejohanan Seluruh England 2021, Lee Zii Jia merupakan rakan latihan badmintonnya sebelum ini.

Pada Isnin lepas, ucapan tahniah Muhammad Sanusi kepada atlet badminton, Zii Jia atas pencapaiannya dalam kejohanan pada Ahad tersebut telah tular di laman sosial.

"Tahniah Lee Zii Jia!!! Anak Jati Kedah. Kami berlatih sekali sebelum ini. Tu ja nak habaq," kata Muhammad Sanusi dalam telah dikongsi sebanyak 717 kali dan menerima 1,700 komen.

Muhammad Sanusi berkata, foto dan status beliau bermain badminton bersama Zii Jia yang dimuat naik di Facebooknya adalah sekadar suka-suka sahaja.

"Kami bukan lawan betul-betul pun. Malah Zii Jia pun hanya guna tidak sampai 30 peratus tenaga. Itu pun belum tentu saya dapat kalahkannya. Saya hanya bergurau semata-mata," katanya.

Pada Ahad, Zii Jia muncul juara Kejohanan Seluruh England 2021 selepas menumpaskan bekas juara dunia dan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dalam aksi sengit 30-29, 20-22 dan 21-9.

Gambar berkenaan dipercayai dirakam ketika Muhammad Sanusi berpasangan dengan Zii Jia dalam satu perlawanan persahabatan pada Disember tahun lepas.

Artikel Berkaitan: