Akhirnya dapat jalan, longkang baharu

Kerja-kerja membuat longkang baharu sedang giat dilaksanakan.
Kerja-kerja membuat longkang baharu sedang giat dilaksanakan.
A
A
A

NILAI - Selepas menunggu sekian lama, tiga kawasan perumahan dan satu deretan kedai di kawasan Mantin, di sini, akhirnya mendapat jalan dan longkang baharu.

Kawasan perumahan terlibat ialah Taman Sentosa Mantin, Taman Permai Jaya dan Taman Mantin Square, manakala deretan kedai di Taman Bunga Raya.

Ahli Majlis Perbandaran Nilai (MPN), V Yogeswaran berkata, semua kawasan berkenaan sudah berusia lebih 15 tahun dan sudah tiba masanya longkang serta jalan dibaik pulih kerana banyak yang sudah rosak.

"Tindakan ini kita ambil berdasar aduan penduduk. Saya juga telah turun padang buat lawatan dan melihat sendiri banyak longkang yang sudah pecah dan menyebabkannya tersumbat.

"Saya telah bawa masalah ini dalam mesyuarat MPN pada Ogos tahun lalu dan dalam tempoh beberapa bulan ia telah diluluskan," katanya.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih longkang dan menurap semula keseluruhan jalan telah dilakukan bermula 7 Februari lalu dan dijangka siap 12 Mac ini.

Sehubungan itu beliau berharap penduduk dapat bersabar sepanjang tempoh berkenaan.

"Saya juga harap penduduk memahami bukan semua tindakan dapat diselesaikan segera kerana setiap keputusan sesuatu perkara perlu ada perbincangan kerana ia melibatkan peruntukan.

Artikel Berkaitan:

"Tapi jangan risau, setiap aduan akan diambil tindakan, cuma ada sesetengahnya mengambil masa," katanya.