Kisona tidak sertai Orleans Masters di Perancis

Kisona
Kisona
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan wanita negara S. Kisona telah menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Orleans Masters 2021 di Perancis, minggu ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa, barisan kejurulatihan telah mencapai keputusan tersebut selepas menilai prestasi semasa pemain berusia 22 tahun itu pada Kejohanan Seluruh England, Birmingham.

“Kisona akan meneruskan latihan intensif di pusat latihan prestasi tinggi Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebelum menyertai semula kejohanan. Kembali dengan lebih baik, Kisona,” menurut kenyataan tersebut pada Rabu.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu, sepatutnya memulakan penyertaannya pada kejohanan Jelajah Super 100 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertemu pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Saina Nehwal dari India.

Kisona, pada penyertaannya di Seluruh England minggu lalu, tewas kepada pemain pilihan ke lapan Busanan Ongbamrungphan dari Thailand 6-21, 7-21, pada pusingan pembukaan.

Artikel Berkaitan: