X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 09 Disember 2021

Mekanik tak mengaku salah hina agama Islam di Facebook

A
A

KUALA LUMPUR - Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan membuat penghantaran komunikasi yang menghina agama Islam di laman sosial Facebook, dua tahun lepas.

J.Ramanaidoo, 60, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M. Edwin Paramjothy.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook melalui laman profil "Ramanaidu Ramanaidoo Joganidoo" dengan secara sedar membuat dan memulakan tiga penghantaran komunikasi berlainan yang palsu sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain antara 6.24 pagi dan 7.25 malam, antara 5 Januari dan 31 Januari 2019.

Ketiga-tiga pautan itu kemudian telah dibaca di Kampung Sg Merali, Batu 4, Gombak di sini pada 5 petang, 27 Feb 2019.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-ketiga pertuduhan manakala lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan paling minimum dengan alasan perniagaannya ketika ini merudum dan dia hanya memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin untuk ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 23 April ini bagi sebutan semula kes. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!