Harga RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Harga jualan petrol RON97 naik tiga sen seliter ke RM2.50 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 bagi tempoh 25 hingga 31 Mac.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran untuk kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: