X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Remaja tidak mengaku salah lakukan amang seksual

Tertuduh tidak mengaku salah atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan pada tahun lalu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan pada tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh berusia 15 tahun tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 10 tahun di dalam semak di Kuala Nerus, jam 2 petang pada 24 Februari tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Selain membenarkan jaminan, tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Remaja itu juga dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Najmi Adila Mohd Nasir.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!