Padah curah susu soya, pelajar berdepan hukuman berat

Zhang berdepan tindakan dihantar ke negara asal
Zhang berdepan tindakan dihantar ke negara asal
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Seorang pelajar wanita warga China ditahan pihak berkuasa Filipina, Sabtu lalu gara-gara bertindak biadab terhadap seorang pengawal keselamatan di stesen Transit Aliran Massa (MRT) di bandar ini.

Jiale Zhang bakal berdepan hukuman tegas seperti penjara dan dihantar balik ke negara asal.

Insiden Zhang memarahi pegawai bernama William Cristobal sempat dirakam dan tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, Zhang enggan menerima teguran Cristobal supaya tidak membawa masuk bekas minuman berisi susu soya ke dalam stesen berkenaan.

Cristobal turut mengarahkan wanita berusia 23 tahun itu supaya menghabiskan minumannya terlebih dahulu sebelum melepasi pintu tiket, bagaimanapun Zhang bertindak biadab apabila mencurah minumannya kearah lelaki berkenaan.

Kejadian itu mencetuskam kemarahan netizen dan menganggap Zhang sebagai terlalu sombong sekali gus meningkatkan sentimen anti-China di negara tersebut.

Difahamkan, baru-baru ini pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan arahan melarang botol atau bekas minuman dibawa masuk ke stesen MRT termasuk LRT di seluruh Manila.

Ia bertujuan mengelak serangan pengganas yang mungkin menyasarkan stesen pengangkutan awam terbabit menggunakan bom cecair. - Agensi

Artikel Berkaitan: