Rezeki ikan baung 2.5kg musim hujan

Azhar menunjukkan ikan Baung yang berjaya ditangkap di Sungai Riau awal pagi Rabu.
Azhar menunjukkan ikan Baung yang berjaya ditangkap di Sungai Riau awal pagi Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Hujan lebat yang berterusan sejak Selasa memberi rezeki kepada seorang penyelia ladang selepas melabuhkan taut di Sungai Riau, Kilometer 16, Jalan Sungai Lembing.

Azhar Che Mat, 37, berkata, itulah rutinnya setiap kali musim hujan dan hasil tangkapan akan dijual kepada pengguna jalan raya di kawasan itu.

Katanya, untuk hari ini (Rabu) dia berjaya menangkap seekor ikan baung seberat 2.5 kilogram (kg).

Azhar akan memasang taut di Sungai Riau setiap kali hujan lebat.
Azhar akan memasang taut di Sungai Riau setiap kali hujan lebat.

"Semalam saya memasang 15 taut di Sungai Riau, di sini tetapi hanya satu taut sahaja yang mengena," katanya ketika ditemui di kawasan sungai itu.

Menurut Azhar, harga ikan itu dijual sekitar RM40 satu sekilogram.

Azhar berkata, pada musim tengkujuh lazimnya rezeki bertambah kerana kenaikan paras sungai menyebabkan ikan dari hulu bergerak ke merata tempat, terutama perairan di hilir.

"Walaupun sejuk dalam hujan lebat ketika turun ke sungai, ia terubat apabila taut yang dipasang dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan.

Artikel Berkaitan:

"Jika bukan musim tengkujuh selalunya saya mendapat antara satu hingga tiga kg ikan, tetapi bertambah mencecah antara lima hingga 10kg pada musim tengkujuh," katanya.