Dicekup ketika asyik urut pelanggan

Wanita warga asing yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut.
Wanita warga asing yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut.
A
A
A

SUBANG JAYA - Keasyikan tukang urut wanita melayan pelanggan di dalam bilik di sebuah premis dikejutkan dengan serbuan penguat kuasa Imigresen pada Selasa.

Pengarah Imigresen negeri Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan Ops Gegar kira-kira jam 9 malam di premis tidak berpapan tanda itu menahan sembilan wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat urutan badan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati wanita terbabit terdiri daripada lima warga Thailand, tiga Indonesia dan seorang Vietnam.

Imigresen Selangor menahan sembilan wanita warga asing dalam serbuan di sebuah premis urut di Subang Jaya, Selangor pada Selasa.
Imigresen Selangor menahan sembilan wanita warga asing dalam serbuan di sebuah premis urut di Subang Jaya, Selangor pada Selasa.

"Semasa serbuan, ada antara wanita berkenaan sedang melayan pelanggan di beberapa bilik kecil dalam premis yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

"Menyedari premis itu diserbu, beberapa tukang urut wanita dan pelanggan cuba melarikan diri namun gagal. Kita percaya premis itu menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan pakej urutan badan dan perkhidmatan seks dengan bukti penemuan kondom yang telah digunakan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati setiap pakej perkhidmatan dikenakan bayaran sebanyak RM150 bagi tempoh 45 minit.

Imigresen Selangor menahan sembilan wanita warga asing dalam serbuan di sebuah premis urut di Subang Jaya, Selangor pada Selasa.
Imigresen Selangor menahan sembilan wanita warga asing dalam serbuan di sebuah premis urut di Subang Jaya, Selangor pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagi menyukarkan serbuan pihak berkuasa, premis terbabit turut dilengkapi pintu jeriji besi dan bermagnet.

"Kesemua wanita berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun itu akan direman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama iaitu tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah diberikan," katanya.

Imigresen Selangor menahan sembilan wanita warga asing dalam serbuan di sebuah premis urut di Subang Jaya, Selangor pada Selasa.
Imigresen Selangor menahan sembilan wanita warga asing dalam serbuan di sebuah premis urut di Subang Jaya, Selangor pada Selasa.

Tegasnya, pihaknya turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan majikan atau pelindung kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit untuk tindakan undang-undang.