Ebit Lew lebarkan misi bantuan kemanusiaan ke Afrika

Ebit Lew menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak Afrika. - Foto Facebook Ebit Lew
Ebit Lew menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak Afrika. - Foto Facebook Ebit Lew
A
A
A

SHAH ALAM - Tanpa sempadan, pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew terus menyantuni golongan memerlukan dan menyalurkan bantuan sehingga ke Afrika dalam misi bantuan kemanusiaan dan kasih sayang.

Beliau berkongsi pengalaman itu di Facebook miliknya pada Rabu yang memaparkan penderitaan dan kedaifan penduduk Afrika.

Katanya, melahirkan rasa hiba tatkala melihat sendiri kehidupan penduduk negara termiskin itu yang dikatakan tiada bekalan elektrik, air, malah saiz rumah hanya sebesar tandas.

"Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak.

"Rumah sebesar saiz tandas sahaja, tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar, sampai sahaja mereka semua sudah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari," tulisnya ringkas.

Ebit Lew menyalurkan sumbangan ke negara termiskin dunia. - Foto Facebook Ebit Lew
Ebit Lew menyalurkan sumbangan ke negara termiskin dunia. - Foto Facebook Ebit Lew

Ebit Lew turut menggambarkan kegembiraan penduduk berkenaan apabila menerima bantuan dan tidak lekang mulut mereka mengucap terima kasih Malaysia.

"Ada juga yang siap buat ritual mereka. Menangis-nangis cakap terima kasih. Tidak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut... Malaysia, Malaysia," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian yang meruntun jiwa itu pastinya menarik perhatian netizen yang memuji sikap dan keperibadian Ebit Lew.

"Ya ALLAH sayu hati bila lihat ustaz Ebit Lew rakyat Malaysia yang sudi membantu tidak kira siapa... Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki," tulis Mazlan Mohd diruang komen.

Kata Sham Napoh, "Dahsyat, sampai orang Afrika pun kenal dia... Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusannya disana" manakala Hannan Sweets menyifatkan Ebit Lew adalah contoh terbaik memperkenalkan Islam di mata dunia.