Gloria Jean's Coffees buka cawangan ke-44

Amirudin (dua dari kiri) mencuba menyediakan kopi selepas majlis pelancaran pembukaan Gloria Jean's Coffees di Bangunan SSAAS, Shah Alam pada Rabu.
Amirudin (dua dari kiri) mencuba menyediakan kopi selepas majlis pelancaran pembukaan Gloria Jean's Coffees di Bangunan SSAAS, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Gloria Jean's Coffees mengembangkan lagi rangkaian perusahaannya di negara ini melalui pembukaan cawangan ke-44 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini.

Perasmian pembukaan itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam majlis yang berlangsung pada Rabu.

Menurut Amirudin, pembukaan Gloria Jean's Coffees itu amat bertepatan memandangkan Bangunan SSAAS turut dikunjungi orang ramai yang mempunyai urusan masing-masing.

"Pembukaan kafe seperti ini sudah dijalankan di beberapa bangunan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sebelum ini.

"Malah Gloria Jean's Coffees merupakan satu jenama yang menawarkan sistem francais di negara ini bagi menggalakkan masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran berkenaan pada Rabu.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Nor Azmie Diron dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Mohd Hilaluddin Abd Shukor.

Sementara itu, Mohd Hilaluddin berkata, pelancaran berkenaan merupakan pembukaan cawangan mereka yang ketiga di negara ini bagi tahun ini.

Katanya, PNS mempunyai sasaran untuk membuka sebanyak 75 cawangan Gloria Jean's Coffees di negara ini menjelang tahun 2027.

Artikel Berkaitan:

"Kita cuba untuk mencapai sasaran ini bagi menepati terma-terma sebagai francais induk," katanya.