X

Kindly register in order to view this article
!

Buruh didenda lakukan kekerasan terhadap isteri

Gambar hiasan.
A
A

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 terhadap seorang buruh kerana melakukan kekerasan jenayah terhadap isterinya dua minggu lalu.

Tertuduh, Nik Rospadli Ab Latiff, 41, dari Kuala Terengganu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap isterinya yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di daerah ini pada jam 7.30 malam 8 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!