X

Kindly register in order to view this article
!

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza pada awal pagi

Gambar fail menunjukkan ledakan api akibat serangan tentera Israel di Genting Gaza. - Foto AFP
A
A

BAITULMUQADDIS - Tentera Israel melancarkan serangan udara selepas jam 2.30 pagi waktu tempatan pada Rabu ke atas kedudukan pergerakan Hamas di Genting Gaza, Palestin.

Setakat ini tidak ada laporan tentang kematian atau kecederaan dilaporkan berikutan serangan itu.

Menurut beberapa saksi, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan serangan itu selepas jam 2.30 pagi.

"Sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel pada waktu malam, jet-jet pejuang IDF dan helikopter tempur menyerang tapak pengeluaran roket Hamas dan pos-pos ketenteraan," kata tentera rejim Zionis.

Seorang jurucakap tentera memberitahu AFP, sebelum ini serangan roket dari Gaza jatuh di sebuah padang terbuka di selatan Israel.

Namun, sehingga kini tiada mana-mana pihak yang mengaku melancarkan serangan roket itu.

Tidak ada laporan tentang kerosakan atau kematian serta kecederaan akibat serangan roket itu.

Serangan pasukan tentera rejim Zionis itu berlaku selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu melawat bandar Beersheba, selatan Israel bagi mendapatkan sokongan dalam kalangan

pengundi.

Ia adalah disebabkan Israel mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh kurang dari dua tahun. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!