Instafamous wanita tunggang RX-Z didenda RM400

Gambar kiri: Tular di media sosial video berdurasi 14 saat memaparkan seorang wanita berkebaya merah mempamerkan kecekapan menunggang RX-Z.
Afifie Laila menunjukkan surat bayaran denda dijelaskan di perkarangan Mahkamah Majistret Dungun pada Rabu.
Gambar kiri: Tular di media sosial video berdurasi 14 saat memaparkan seorang wanita berkebaya merah mempamerkan kecekapan menunggang RX-Z. Afifie Laila menunjukkan surat bayaran denda dijelaskan di perkarangan Mahkamah Majistret Dungun pada Rabu.
A
A
A

DUNGUN - Tindakan seorang instafamous yang memuat naik video dengan menunggang RX-Z tanpa mempamerkan nombor pendaftaran hadapan dijatuhi hukuman denda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Afifie Laila Abdullah, 30, turut berdepan dua hari penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas Afifie Laila mengaku salah mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menunggang motosikal di atas jalan raya tanpa mempamerkan nombor pendaftaran di hadapan kenderaan berkenaan di Jalan Kampung Padang Pulut, di sini, kira-kira jam 6.15 petang pada 12 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM3,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Samsul Ab Wahab.

Sebelum ini, wanita terbabit sudah menjelaskan bayaran denda RM300 di pejabat JPJ daerah Dungun kerana kesalahan menunggang RX-Z tanpa memakai topi keledar.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat memaparkan seorang wanita berkebaya merah mempamerkan kecekapan menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: JPJ saman Instafamous wanita tunggang RX-Z

Artikel Berkaitan: