Anak sempat minta maaf sebelum penggal kepala bapa

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.- Foto Detik News
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.- Foto Detik News
A
A
A

LAMPUNG TENGAH - Seorang anak sempat meminta maaf sebelum memenggal kepala bapanya hingga putus di daerah Lampung Tengah, Sumatera Indonesia.

Menerusi laporan Detik News, Ketua Polis Lampung Tengah AKBP Popon Ardianto berkata, suspek, Kukuh Warsito, 30, dipercayai mengalami gangguan mental telah memukul mangsa, 69, sebelum memenggal kepalanya pada Isnin jam 2 petang di rumahnya.

"Setelah memenggal kepala bapanya, suspek bertindak menjinjing kepala yang putus sekitar kampung. Kejadian itu menggemparkan penduduk kampung Sendangrejo," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kalirejo Iptu Edi Suhendar turut menolak dakwaan, suspek melakukan perbuatan kejam itu setelah hasrat untuk berkahwin dihalang oleh mangsa.

"Tidak timbul soal perkahwinan dihalang keluarga dan perkara itu juga disahkan oleh ahli keluarga mangsa.

"Sebaliknya suspek mengaku membunuh bapanya kerana mendengar bisikan. Dia mendengar bisikan mengatakan mangsa akan menipunya dan kerana takut, dia terus bertindak kejam dengan memotong kepala bapanya," ujarnya.

Katanya, suspek kini ditempatkan di Rumah Sakit Jiwa (RSJ) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan emosinya masih terganggu.

"Saya perhatikan suspek masih dalam keadaan memberontak dan beremosi," katanya.

Artikel Berkaitan: