X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Wanita maut terperangkap

Anggota polis dan bomba terus ke rumah mangsa selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu. (Foto: Ihsan bomba)
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Melayu Majidee, di sini pada tengah hari Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan mangsa berusia 29 tahun yang dikatakan terperangkap pada jam 12.22 tengah hari.

Susulan itu, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Tebrau dengan kekuatan lapan anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita mendapat maklumat mangsa yang berseorangan, terkunci di dalam sebuah bilik dan tidak sedarkan diri.

"Apabila pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kita dapati pintu rumah telah dibuka oleh orang awam sebelum PKO tiba di lokasi.

"Mangsa juga disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Jelas beliau, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya pada malam Isnin namun panggilan tidak berjawab pada keesokannya menyebabkan ahli keluarganya ke rumah sewa mangsa.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 1.01 tengah hari.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!