Hadiah perpisahan untuk Low

JOACHIM LOW
JOACHIM LOW
A
A
A

PENJAGA gol Jerman, Manuel Neuer menegaskan dia dan rakan-rakannya tekad mahu memberikan yang terbaik dalam aksi Euro 2021 sebagai hadiah perpisahan kepada pengendali pasukan itu, Joachim Low.

Low yang membimbing Jerman sejak 2006 akan meninggalkan pasukan itu selepas berakhirnya saingan Euro 2021 walaupun kontraknya masih berbaki satu tahun.

"Kami perlu memainkan peranan yang bagus tidak kira anda seorang pemain atau pegawai pasukan. Kami menantikan tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia dan saingan Euro tahun ini untuk kami mengharunginya dengan penuh bergaya.

"Saya fikir dia (Low) ada hak untuk menyudahkan kariernya di sini dengan manis. Saya sudah berada dalam pasukan sejak 2009 dan telah mengharungi banyak detik turun dan naik dalam karier bersama Low.

"Saya nampak dia sangat bermotivasi dan bercita-cita tinggi di penghujung tugasnya sebagai jurulatih Jerman. Ia perkara penting untuknya kerana ini adalah kariernya dan ia juga memberikan motivasi kepada kami untuk melakukan yang terbaik di Euro nanti," katanya.

Sejak melatih Jerman pada 2006, Low sudah mengendalikan pasukan dalam 144 perlawanan dan pencapaian tertingginya adalah membawa Die Mannschaft memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil.

Namun, kedudukannya selaku pengendali Jerman mula goyah apabila prestasi pasukan gergasi Eropah itu mulai menurun sejak saingan Euro 2016 selain terkandas di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2018.

Malah, kekalahan besar 0-6 kepada Sepanyol pada November lalu dalam saingan Liga Negara Eropah memberikan kesan kepada kedudukan Low sekali gus dia mengumumkan pengunduran daripada skuad kebangsaan selepas Euro 2021.

Artikel Berkaitan: