Pengarah yayasan direman kerana terima suapan

Pengarah sebuah yayasan direman selama tujuh hari kerana disyaki menerima suapan berkaitan usahasama bagi projek pengeluaran pelitup muka bernilai RM9 juta.
Pengarah sebuah yayasan direman selama tujuh hari kerana disyaki menerima suapan berkaitan usahasama bagi projek pengeluaran pelitup muka bernilai RM9 juta.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pengarah sebuah yayasan di Terengganu direman selama tujuh hari kerana disyaki menerima suapan berkaitan usahasama bagi projek pengeluaran pelitup muka bernilai RM9 juta.

Perintah reman sehingga 30 Mac depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan menerima suapan daripada pengarah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usahasama dengan syarikat tersebut untuk pengeluaran pelitup muka.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki berusia 55 tahun sebelum itu ditahan di rumahnya pada jam 4.30 petang Selasa.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu berhubung siasatan kes sama.

Ketiga-tiga individu berusia antara 49 hingga 59 tahun itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Artikel Berkaitan: