IMF peruntuk AS$650 untuk pemulihan global

Christine Lagarde
Christine Lagarde
A
A
A

WASHINGTON - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyokong syor mengenai pengeluaran peruntukan baharu sebanyak AS$650 bilion bagi menyokong pemulihan global daripada pandemik Covid-19, lapor Sputnik.

"Saya berhasrat mengemukakan cadangan rasmi kepada Lembaga Eksekutif pada Jun untuk mempertimbangkan peruntukan baharu AS$650 juta, berdasarkan penilaian terhadap keperluan rizab global jangka panjang negara anggota IMF, dan sesuai dengan Perkara Perjanjian dan mandat IMF," kata Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dalam satu kenyataan pada Selasa.

Georgieva berkata, peruntukan AS$650 bilion, jika diluluskan, akan memberikan peningkatan kecairan yang besar kepada negara anggota tanpa menambah beban hutang.

Pembiayaan itu juga dapat digunakan untuk menyokong program vaksinasi, katanya.

Lebih 124 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia sehingga kini dengan lebih 2.7 juta kematian, menurut data Universiti Johns Hopkins pada Selasa.

- Bernama

Artikel Berkaitan: