X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara setakat semalam kekal 0.98 dengan Labuan mencatat Rt tertinggi pada 1.82.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter berkata, Pahang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu 1.31, diikuti Melaka (1.24), Kedah (1.16), Kelantan (1.11) dan Pulau Pinang (1.03).

Negeri-negeri yang mencatat bacaan bawah 1.0 ialah Sarawak (0.98), Kuala Lumpur (0.94), Terengganu dan Selangor masing-masing 0.91, Sabah (0.87), Johor (0.85), Perak (0.78) dan Negeri Sembilan (0.67).

Semalam, kes baharu positif Covid-19 dilaporkan masih pada empat angka dengan 1,384 kes, selain enam kematian direkodkan.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, Dr Noor Hisham berkata, pandemik Covid-19 merupakan antara krisis kesihatan terbesar dalam sejarah semasa manusia.

“Pelbagai garis panduan kesihatan awam serta prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan. Namun, paling penting ialah mematuhi semua langkah dan SOP tersebut,” katanya. -Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!