Jangan khuatir KPN, rakyat di belakangmu!

Keratan muka depan akhbar Sinar Harian pada Selasa.
Keratan muka depan akhbar Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

MACAM orang lain juga Awang baru dengar ungkapan The Blue Code of Silence yang disebutkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Barulah Awang tahu maksud sebenarnya.

Anggota polis lindungi satu sama lain dalam keadaan ada di antara mereka yang lakukan jenayah atau terbabit dengan salah laku dan rasuah.

Beliau sebutkan hal itu apabila diminta oleh pihak media untuk komen pasal kenyataannya tentang wujudnya kartel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga ditanyakan tentang kenyataan Menteri Dalam Negeri mengenai hal tersebut.

Macam biasalah, KPN tak gentar buat pendedahan. Dia kata, dia ada sebab dedahkan hal itu.

Dia anggap itu isu dalaman, tak perlulah dibawa pada Suruhanjaya Polis seperti yang dicadangkan oleh menterinya.

KPN tegaskan lagi, ada kumpulan dalam PDRM yang masih tak insaf dan yang berfikiran pada takuk lama.

Artikel Berkaitan:

Ramai orang puji keberanian KPN.

Kita semua tahu niat beliau untuk bersihkan PDRM dan pulihkan imej polis.

Bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan pun sokong usaha pembersihan dalaman PDRM itu dan menggesa rakyat supaya sokong KPN dalam hal tersebut.

Jangan khuatir TS KPN, rakyat di belakangmu!