Sala dikebumikan di negara kelahirannya

Emiliano Sala
Emiliano Sala
A
A
A

UPACARA pengebumian bintang Cardiff City, Emiliano Sala akan diadakan di negara kelahirannya, Argentina pada Jumaat.

Menerusi laporan Dailystar, mayat Sala akan diterbangkan pulang hampir empat minggu sejak insiden pesawat dinaikinya terhempas di Selat Inggeris.

Mayatnya akan dihantar ke Progreso, sebuah bandar kecil di utara Buenos Aires.

Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di dalam kompleks sukan San Marin de Progreso, kelab bola sepak remaja disertai Sala pada 1994.

Ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk setempat akan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Delegasi dari Cardiff dan Nantes turut dijangka hadir pada upacara pengebumian tersebut.

Pemilik Cardiff, Tan Sri Vincent Tan membiayai kos penerbangan pulang mayat Sala ke Argentina.

Mayatnya akan tiba di Buenos Aires dari London pada pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Kemudian mayat itu akan dibawa menggunakan kenderaan menuju ke kampung kelahiran Sala dalam perjalanan yang mengambil masa selama enam jam.

Bangkai pesawat dinaiki Sala akhirnya ditemui pada 3 Februari lalu selepas operasi pencarian digerakkan semula menerusi dana awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Vincent Tan bimbang keselamatan Sala

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat dalam pesawat terhempas sah Emiliano Sala