'Waktu tu pakcik dah tak fikir benda lain dah.. '

Abdullah menceritakan semula bagaimana bajunya ditarik tedung selar dalam kejadian minggu lalu.
Abdullah menceritakan semula bagaimana bajunya ditarik tedung selar dalam kejadian minggu lalu.
A
A
A

LUBUK BONGOR - Seorang warga emas di sini mengakui dia hanya terfikir tentang kematian ketika baju dipakai digigit ular tedung selar dalam kejadian, Khamis lalu.

Abdullah Mamat, 72, berkata, ketika kejadian, dia sedang menebas di kebun getah miliknya di Kampung Chegar Bedil Dalam Reka sebelum tiba-tiba kemeja lengan panjang dipakai ditarik sesuatu di bahagian bawah sebelah kiri.

“Memang terkejut bila nampak ular berkenaan pada baju, pakcik kawal perasaan takut dan cuba rentap perlahan-lahan.

“Waktu itu memang tak fikir benda lain, ingat mati sahaja, dan pak cik mengucap berkali-kali (lafaz syahadah), tak tahu nak buat apa lagi, nak minta tolong pun memang tak ada orang di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, lebih menakutkan apabila ular berkenaan berdiri mengatasi ketinggiannya sehingga membentuk nombor lapan.

Katanya, kira-kira tiga minit dia berdepan detik cemas itu sambil berdoa agar ALLAH menyelamatkan dirinya.

“Tak tahu apa lagi nak buat, pakcik cuba bercakap dengannya, pakcik minta dia pergi dan tak ganggu pakcik sebab pak cik tak pernah ganggu dia,” katanya.

Bapa tujuh anak itu berkata, dia bersyukur umurnya masih panjang walaupun berdepan saat paling menakutkan seumur hidupnya.

Artikel Berkaitan: