X

Kindly register in order to view this article
!

43,037 individu di Sabah terima suntikan vaksin Covid-19

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri Sabah dilancarkan pada 4 Mac lepas.
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 43,037 individu di Sabah telah menerima suntikan vaksin setakat Selasa menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri yang dilancarkan pada 4 Mac lepas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, daripada jumlah itu, seramai 41,957 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 1,080 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan.

“Seramai 511 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama hari ini menjadikan jumlah kumulatif (penerima vaksin dos pertama) seramai 41,957 orang.

“Bagi dos kedua vaksin Pfizer BioNTech pula, seramai 167 orang telah menerima suntikan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif (penerima vaksin dos kedua) seramai 1,080 orang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah, Masidi berkata, sebanyak 60 kes baharu positif direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 54,355 kes.

Seramai 42 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah seramai 53,510 orang, katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, kerajaan negeri masih mengekalkan keperluan menjalankan ujian saringan RTK-Antigen untuk kemasukan ke Sabah dan individu yang keputusan ujiannya negatif akan dikecualikan daripada menjalani kuarantin. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!