Reban terbakar, 100 ekor ayam mati

Reban ayam di Batu Kawan terbakar menyebabkan 100 ekor ayam mati.
Reban ayam di Batu Kawan terbakar menyebabkan 100 ekor ayam mati.
A
A
A

BATU KAWAN - Sebanyak 100 ekor ayam pelbagai jenis mati selepas reban ayam (kelas C) terbakar di Jalan Tanjung 1, Taman Nilam Tanjung, Simpang Ampat di sini pada Selasa.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan, Arifuddin Omar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.33 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan reban ayam berukuran 1.85 ×1.85 meter persegi.

"Kebakaran menyebabkan 95 peratus reban ayam tersebut musnah dan kira-kira 100 ekor ayam pelbagai jenis mati.

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kita masih menyiasat punca kebakaran," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Artikel Berkaitan: