X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM Sabah kesan tiga lelaki bantu siasatan

A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan membabitkan dua kes berasingan.

Menurut kenyataan SPRM, individu pertama yang dikesan dikenali sebagai Simon Gacou Fabian, 51, beralamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, Labuan.

Turut dikesan ialah Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah, 36, dengan alamat terakhir di Kampung Purak, Papar.

Kedua-dua dikesan untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Kenyataan itu turut menyebut, mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Jennifer Christopher di talian 016-203 8172 atau 088- 488381 atau emel ke alamat [email protected]

Sementara itu dalam kes kedua, seorang lagi lelaki dikenali sebagai Mohd Nazim Ag Abdullah, 45, yang beralamat terakhir di No 1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu.

Mohd Nazim dikesan bagi membantu kes kerja-kerja naik taraf sebuah sekolah.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Nazim diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 atau 088-488381 atau emel ke alamat [email protected]


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!