Penstabilan U beam masih dijalankan dalam usaha keluarkan mangsa

Lokasi kejadian struktur besi kren 'launcher' terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras pada Isnin.
Lokasi kejadian struktur besi kren 'launcher' terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menjalankan kerja-kerja penstabilan U beam dalam usaha mengeluarkan mangsa yang masih tersepit di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.

Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba 1 Khairul Azuwan Ibrahim berkata, kerja–kerja penstabilan U beam dengan menggunakan I-Beam Support sedang dilakukan di lokasi.

"Ia dijalankan sebelum melakukan angkatan pada 'crane laucher' yang menghempap mangsa menggunakan 'mobile crane'.

"Seterusnya proses mengeluarkan mangsa akan dilakukan," katanya.

Tiga individu maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kejadian struktur besi kren 'launcher' terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: