Wan Fakhrul Razi, Noorul Hasliza johan Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan

Pemenang bergambar bersama tetamu kenamaan.
Pemenang bergambar bersama tetamu kenamaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wan Fakhrul Razi Mohamad dan Noorul Hasliza Ahmad dinobatkan sebagai johan Qari dan Qariah sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1440H/2019 yang diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, malam ini.

Kemenangan itu juga membolehkan kedua-dua peserta meraih wang tunai RM5,000 beserta pakej umrah, wafer emas bernilai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan.

Wan Fakhrul Razi yang mewakili Kuala Lumpur memperolehi markah 89.8 peratus, menewaskan tiga qari lain.

Sementara, Noorul Hasliza yang juga mewakili Kuala Lumpur memperolehi markah 87 peratus turut menewaskan tiga qariah lain.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Hussein Abd Kadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail.

Artikel Berkaitan: