X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Sasar lepas 280,000 benih udang galah, ikan ke Sungai Melaka

Ahmad ketika melepaskan benih udang galah di Sungai Kesang, di sini pada Selasa.
A
A

JASIN - Sebanyak 280,000 benih udang galah dan ikan disasarkan untuk dilepaskan ke sungai di Melaka tahun ini bagi mengekalkan kelestarian sumber itu.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, usaha itu bukan sahaja dapat memelihara sumber perikanan darat malah salah satu inisiatif membangunkan pelancongan berasaskan rekreasi perikanan selain membantu meningkatkan pendapatan nelayan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 100,000 benih udang galah akan dilepaskan ke Sungai Kesang, Jasin kerana tempoh matang bagi benih spesis udang mengambil masa antara lima hingga enam bulan sebelum dapat dinikmati hasilnya.

"Bagaimanapun, kita merayu kepada nelayan untuk tidak menggunakan jala tetapi hanya pancing sahaja.

"Ini supaya hidupan itersebut tidak terancam dan boleh menjana pendapatan nelayan darat, sekali gus membenarkan spesisnya terus membiak," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan darat serta bantuan sistem penyampaian dan khidmat sokongan (SPeKS) akukultur di Sungai Rambai di sini pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Ahmad yang juga Timbalan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I berkata, kerajaan menerusi Jabatan Perikanan negeri memperuntukkan RM211,400 untuk menyalurkan bantuan berupa peralatan akuakultur, makanan ternakan, benih ikan dan pembinaan rak kupang kepada sembilan penternak.

Menurutnya, pemberian itu sebagai galakan kepada penerima secara tidak langsung dapat memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) data pengeluaran ikan makan negara tercapai khususnya bagi Melaka yang menyasarkan 6,790 tan metrik bagi tahun 2021.

"Diharap kita dapat membantu golongan ini terus berdaya saing dalam bidang akuakultur dan memastikan bekalan seperti ikan dan udang sentiasa mencukupi," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!