RM414.5 juta dari Tabung Musa'adah diagihkan

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak RM414.5 juta dana Tabung Musa'adah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Waqaf Malaysia (Jakim-YWM) diagihkan kepada 10 kelompok sasar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, agihan tersebut dibuat agensi di bawah jabatan itu sejak 18 Mac 2020.

"Agihan itu tidak termasuk agihan zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berjumlah RM707.97 juta," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Menurutnya, pada masa sama sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan kepada 3,412 buah sekolah agama rakyat, tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negara pada tahun lalu.

"Ia sebagai bantuan khas 'one-off' bagi meringankan beban yang ditanggung akibat pandemik Covid-19," katanya.

Beliau berkata, sempena setahun pentadbiran, jabatan itu telah menyenaraikan tujuh kluster mengikut sistem iMaqSD yang dilancarkan pada tahun lalu.

Katanya, ia melibatkan perundangan dan kehakiman, kepimpinan dan tadbir urus, pendidikan dan pembangunan insan, sosioekonomi ummah, penyelidikan dan kefatwaan, dakwah dan media serta institusi masjid.

"14 agensi di bawah jabatan ini sentiasa bersedia memberi khidmat yang terbaik kepada semua.

Artikel Berkaitan:

"Kami atas terus setia berkhidmat kepada ummah atas semangat #MalaysiaPrihatin!" katanya.