X

Kindly register in order to view this article
!

Keputusan calitan kontak rapat negatif

Laporan Sinar Harian Ahad lalu.
A
A

SEREMBAN - Keputusan 100 individu yang disaring berikutan kes murid tahun lima sebuah sekolah di Rasah dijangkiti Covid-19 pada Rabu lalu, adalah negatif.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin berkata, seramai lapan guru, 91 murid dan seorang pemandu van sekolah telah disaring pada Ahad.

Katanya, daripada jumlah itu, 63 dikesan sebagai kontak rapat kepada kes yang dijangkiti Covid-19 dan dikategorikan sebagai Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) manakala selebihnya turut diarah menjalani kuarantin.

"Alhamdulillah keputusan untuk saringan calitan Covid-19 pertama ini negatif dan kita teruskan berdoa agar semuanya sihat.

"Disebabkan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat di sekolah, ia banyak membantu mengekang penularan ini. Kita akan pastikan semua pihak terus kekal dengan pematuhan SOP yang ditetapkan tanpa gagal," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan memantau kesihatan anak mereka dan tidak menghantar ke sekolah jika tidak sihat.

Rabu lalu, seorang murid tahun lima sebuah sekolah di Rasah disahkan positif Covid-19.

Difahamkan murid tersebut menjadi kontak rapat kepada ibunya yang juga disahkan positif.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!