452,919 sudah disuntik vaksin Covid-19: Dr Adham

Datuk Seri Dr Adham Baba
Datuk Seri Dr Adham Baba
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 452,919 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Isnin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya pada Selasa berkata, daripada jumlah itu seramai 422,058 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 30,861 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (55,763), Perak (49,053) dan Sabah (40,842).

Ini diikuti Kuala Lumpur (36,616), Sarawak (35,913), Pahang (33,257), Johor (30,868,), Pulau Pinang (29,568), Kedah (26,287), Kelantan (19,716), Terengganu (19,090), Negeri Sembilan (17,884), Melaka (10,727), Perlis (9,526), Putrajaya (4,605) dan Labuan (2,343).

Bagi individu yang telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Sarawak (9,537), Pahang (3,677) dan Kuala Lumpur (2,722).

Diikuti Johor (2,609), Perak (2,363), Kedah (1,896), Kelantan (1,879) Sabah (1,167), Selangor (1,017), Labuan (911), Pulau Pinang (721), Negeri Sembilan (530), Putrajaya (519), Perlis (504), Terengganu (442) dan Melaka (367).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama

Artikel Berkaitan: