Lelaki terjun jambatan kerana masalah keluarga

Lelaki yang cuba membunuh diri di Jambatan Permas, Johor Bahru lewat petang Isnin berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu. - Foto: Ihsan Persatuan Kepolisan Komuniti Permas Jaya
Lelaki yang cuba membunuh diri di Jambatan Permas, Johor Bahru lewat petang Isnin berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu. - Foto: Ihsan Persatuan Kepolisan Komuniti Permas Jaya
A
A
A

JOHOR BAHRU- Cubaan seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari atas Jambatan Permas, di sini gagal apabila berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu, lewat petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu kira-kira jam tujuh malam.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kita dapati lelaki yang berusia 39 tahun itu telah terjun ke dalam sungai dari atas jambatan itu untuk membunuh diri tetapi tidak berjaya kerana telah diselamatkan oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian.

"Siasatan awal ke atas isteri dan ahli keluarganya mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh masalah keluarga," katanya.

Lelaki yang cuba membunuh diri di Jambatan Permas lewat petang Isnin dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan lanjut. - Foto: Ihsan Persatuan Kepolisan Komuniti Permas Jaya
Lelaki yang cuba membunuh diri di Jambatan Permas lewat petang Isnin dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan lanjut. - Foto: Ihsan Persatuan Kepolisan Komuniti Permas Jaya

Susulan kejadian itu, lelaki tersebut dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jelasnya, dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami masalah jantung dan air berlebihan dalam badan serta masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel Berkaitan: