X

Kindly register in order to view this article
!

PGA rampas 1,700 karton rokok tidak bercukai

Tiga suspek dipercayai pengedar ditahan bersama 1,700 karton rokok tidak bercukai di Jalan Jaya Putra Johor Bahru pada Isnin.
A
A

JOHOR BAHRU - Batalion Kelima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas 1,700 karton rokok tanpa cukai selepas menahan tiga lelaki tempatan di Jalan Jaya Putra Johor Bahru di sini pada jam 11.20 pagi Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, hasil siasatan awal, tiga lelaki tempatan berusia 38 hingga 45 tahun itu merupakan pengedar rokok tanpa cukai.

"Turut dirampas sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai digunakan suspek untuk tujuan pengedaran rokok seludup di sekitar kawasan Johor Bahru.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM351,620.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut Dimin, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!