X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Trump mahu lancar platform media sosial sendiri

Trump merupakan pemimpin aktif di Twitter sebelum akaun miliknya digantung susulan insiden pencerobohan ganas ke atas Capitol pada 6 Januari lalu. - Foto Agensi
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang melancarkan platform media sosial sendiri dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Rancangan itu didedahkan Fox News pada Ahad memetik kenyataan penasihat kanan beliau, Jason Miller yang pernah menjadi jurucakap kempen pilihan raya bilionair hartanah terbabit pada 2020.

“Beliau akan kembali menggunakan media sosial. Platform baharu itu akan menarik minat puluhan juta pengguna,” ujarnya merujuk kepada tindakan Twitter, Facebook dan platform media sosial lain yang menggantung akaun milik beliau susulan insiden pencerobohan ganas ke atas Capitol pada 6 Januari lalu.

Sejak meninggalkan Rumah Putih dan kini menetap di kelab persendirian miliknya, Mar-a-Lago di Florida, Presiden ke-45 AS itu dikatakan lebih bersikap ‘low profile’.

Namun, Miller menegaskan Trump sebenarnya ‘kuat bekerja’ dan sering menyertai mesyuarat penting dengan beberapa pihak.

Minggu lalu, Twitter menyatakan ia akan mengkaji semula polisi laman blog mikro tersebut dan mempertimbangkan langkah sama ada pemimpin juga harus mematuhi peraturan sama seperti pengguna lain. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!