Malaysia meterai perjanjian pemerolehan bekalan Comirnaty

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia memeterai perjanjian dengan Pfizer-BioNTech bagi pemerolehan 30 peratus bekalan vaksin Comirnaty keluaran syarikat itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan turut menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal, Sinovac bagi mendapatkan 12 juta dos vaksin CoronaVac.

"Kerajaan hari ini baru memeterai perjanjian perolehan 30 peratus Comirnaty yang mana sebelum ini ada 1.6 juta dos atau 10 peratus," katanya pada sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Isnin.

Menurutnya, secara keseluruhan, negara akan memperoleh bekalan daripada Pfizer-BioNTech 31.9 juta dos iaitu jumlah yang telah dimeterai.

Malaysia dilapor akan menerima 32 juta dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech untuk untuk separuh penduduk negara, iaitu dua dos setiap individu.

Negara telah mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin Covid-19.

Ia termasuk vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) serta CanSinoBIO, dan vaksin satu dos daripada Sputnik V.

Artikel Berkaitan: