CIDB tarik balik saman RM1.65 juta terhadap Jepak Holdings

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menarik balik saman terhadap Jepak Holdings Sdn Bhd bagi menuntut lebih RM1.65 juta pembayaran levi tertunggak melibatkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Peguam, Afifah Afif yang mewakili syarikat solar itu memberitahu peguam CIDB, Nor Ahyani Ahmad telah memaklumkan mengenai perkara itu semasa pengurusan kes melalui e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Maslinda Selamat pada Isnin.

“Mereka (peguam CIDB) memutuskan untuk menarik balik selepas kami mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadap anak guam kami. Mereka tidak mempunyai kes terhadap anak guam kami," kata Afifah sambil menambah bahawa mahkamah membenarkan permohonan CIDB untuk menarik balik saman tersebut tanpa perintah kos.

Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Artikel Berkaitan: