X

Kindly register in order to view this article
!

Saksi kes dua beranak lemas kenderaan masuk Tasik Serdang dicari

Laporan Sinar Harian pada 21 Mac 2020.
A
A

ALOR SETAR - Saksi kemalangan melibatkan sebuah kereta terbabas memasuki dan tenggelam di Tasik Serdang, di sini pada Ahad diminta tampil membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, siasatan awal mendapati dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat.

"Sehubungan itu, pihak polis Bandar Baharu memohon sekiranya ada saksi melihat akan kemalangan tersebut untuk tampil ke hadapan dalam membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, saksi kejadian memiliki maklumat mengenai kemalangan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Faris Jusoh di talian 04-4076603

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan dua beranak ditemui lemas apabila kenderaan Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Tasik Serdang dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak lemas, kereta terjunam masuk tasik


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!