Pemaju SUKE perlu cari jalan alternatif untuk penduduk apartmen

Para pekerja kontraktor kelihatan melakukan kerja-kerja pembinaan jalan raya di sekitar Jalan Tun Razak hari ini -Foto Bernama
Para pekerja kontraktor kelihatan melakukan kerja-kerja pembinaan jalan raya di sekitar Jalan Tun Razak hari ini -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan pemaju projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Klang (SUKE) mencari jalan alternatif untuk penduduk di sebuah apartmen di Persiaran Alam Damai.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penduduk di apartmen itu tidak mempunyai akses lain ke kediaman tersebut kecuali menggunakan jalan berkenaan.

"Setakat ini, jalan di kawasan ini ditutup sementara sehingga operasi mengeluarkan mangsa selesai," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian di sini tadi.

Fadillah berkata, pihak pemaju juga perlu membentangkan kaedah mengenai keselamatan pengguna jalan raya kepada jawatankuasa pelbagai agensi berkaitan.

"Kita akan berpuas hati jika apa sahaja yang dikemukan itu boleh memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata,Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) siasat punca kejadian.

"Dosh akan menyiasat punca kejadian," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Prolintas mengesahkan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan SUKE di Persiaran Alam Damai.

Artikel Berkaitan:

Hasil siasatan awal mendapati tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang pengguna jalan raya pula cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut struktur besi kren terjatuh

Projek pembinaan SUKE dihenti sementara

Kren terjatuh: Seorang lagi mangsa maut masih tersepit