X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

MPS anjur pertandingan tandas bersih, tawar hadiah RM1,000

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan pertandingan tandas bersih bagi kategori premis makanan dan restoran di bawah pentadbirannya.
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan pertandingan tandas bersih bagi kategori premis makanan dan restoran di bawah pentadbirannya.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, pertandingan tersebut bertujuan membudayakan penjagaan tandas yang bersih, selamat dan selesa.

Menurutnya, pemilik yang telah menghantar penyertaan boleh membuat persediaan bermula sekarang hingga 10 April depan.

"Pemeriksaan dan penjurian akan diadakan antara 15 April hingga 30 Jun.

"Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mps.gov.my atau hubungi Bahagian Kesihatan Awam, JPSPK MPS ditalian 03-6126 6080 atau 03-6126 6024, " katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, pemenang utama bakal membawa pulang RM1,000 diikuti RM700 dan RM500 bagi tempat kedua dan ketiga berserta sijil penghargaan.

Selain itu, sepuluh cenderahati berserta sijil penghargaan turut ditawarkan kepada peserta dan borang penyertaan boleh diperoleh melalui laman web MPS.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!